Monday 28 February 2011

one n only's birthday...

Selamat Hari Lahir Mak..
Semoga Allah memberkati Mak selama-lamanya..
dipanjangkan usia..
diberikan kesihatan dan kekuatan..
dikayakan dengan kasih sayang...
dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..
semoga segala doa Mak diperkenankan olehNya..
aminn..

***************************

Mak ibu adek..
one n only.. yang teristimewa..
Mak juga teman terbaek adek..
yang sangat memahami adek dan abang2 adek yang laen..
Mak juga juru runding adek..
cuma kenkadang adek jek yg tak reti nak ikut.. huhuh
Mak juga teman shopping yang paling best..
u have an eyes for beauty...
Tak dapat disangkal chef terbaek dalam kehidupan kami..
juga dalam kehidupan mereka2 yang pernah menjamah masakan mak..
Terkadang Mak lantik diri jadi bendahari adek..
sebab adek ni kengkadang shopping tak hengat..
Mak juga teman travel yang sangat cool..
Mak juga ibu mertua (kepada akak2 ipar adek) yang paling sporting..
Mak dihormati sepupu sepapat adek dan member adek seperti ibu sendiri..
Mak juga nenek yang super duper amazing..
dan yang paling utama..
Mak adalah isteri tercinta Ayah adek..
Isteri solehah untuk Suami terhebat..
hanya kalian di hati kami...


sekali lagi..
Selamat Hari Lahir Mak..
al-fatihah Ayah..
adek S.A.Y.A.N.G Mak dan Ayah...


Friday 25 February 2011

happy besday mr luke..

source here

happy besday mr luke..
hope u have a blast burfday..
May Allah bless you..
give you a good health n wealth..

may your dreams comes true..



*please don't get angry..i know u don't like to be a subject in my blog*
*it's the only way to show u that i appreciate u as my dear friend*

lapar vs sejuk beku..

adeii...
nak kata aku ni tak boleh fikir..
Allah dah kurniakan akal..
mungkin kurang bijak jek kot..

tetiba kelaparan tahap dewa melanda...
budak2 ni g beli makanan bukan nak pelawa aku..
*padan muka ko fila, selalu depa tanya ko tak mo*
*diet kunun.. piraahh*
adeeii kali kedua..

jadi nak mengelakkan rasa lapar tuh..
aku pun berjalan-jalan dalam c-store..
nampak air kat chiller sikit lopong..
so masuk dlm chiller dan susun air...
best... sejuk jek..
hilang rasa lapar..
sat gik.. tangan sedikit kejung...
*kes buat keja tp tak nak pakai sarung tangan*
*budget diri tu seperti super women*
adeeii kali ketiga...

apa lagik, settle keja cepat2 keluar..
macam kena kejar hantu beb..
padahal tak tahan sejuk dan rasa nak beku anggota badan..
kemudian satu magic berlaku...
rasa kelaparan yang tak terkata..
lebih daripada tahap dewa...

lapar vs sejuk beku..
memang tak boleh blah..
lagik sejuk.. lagik lapar rupanya..
itu la namanya kurang bijak aku ni..

moral of the story : kalau dah lapo tu.. makan jek ler..

Thursday 24 February 2011

5 saman untuk bb J?? tahniah..

since bb J dah tak bersama aku..
along dengan berbesar hati...
hantar aku balik umah..
sebab aku dengan dedikasi dah kerja 24 jam..
*boleh gitu??*


so dalam perjalanan pulang tuh..
along bawak aku singgah balai polis skudai..
sebab nak check saman lalu lintas..

aku dok dalam keta..
sebab parking takde..
kiranya jadi penjaga kereta gitu..
i like..
siap membuta sambil tunggu along uolss..
sebab agak lama la..
*along kata orang ramai giler nak bayar saman*

sebagai abang yang sayang kan adik..
along siap check kan saman bb J..
wallaweeii...
sekali ader 5 saman daa...
T.A.H.N.I.A.H bb J..
yang 'best' giler kentang..
saman tahun zaman tok kadok gitu...
adeeiii...
fening la kepala ana..
tapi nak wat camner kan..
benda dah jadi..
mungkin aku tak perasan bila terkena saman ekor ni..
tapi 3 out of 5..
saman halang lalu lintas..
rasa nak gelak pun ader...

agaknya bb J tuh sebesar gajah kot..
terhalang kenderaan laen nak lalu...
padahal aku tak gila lagik nak park bb J tengah2 jalan..

adeiii..
pepe pun..
thanx along sebab tolong advancekan bayar saman..
nanti potong gaji bulan depan la ek..
huhuhu...

dengan itu..
aku berazam..
nak jadi pemandu yang sangat berhemah...
dengan new bb nanti...

tak koser tau aku nak bayar saman..
bukan sikit pulak tuh..
dekat rm600 tu..
kalau kena dua kali amaun yang sama dan tambah sikit lagi..
dah boleh beli kasut christian louboutin...
hohohoh...

tapi mujur depa kasi diskaun..
so hanya bayar half of it...
but still...
aisshhh..
kaya la PDRM beberapa hari ni collect duit saman..

danggg...

faceblog?? cool

since aku kerja 24 jam..
rasa ngantuk yg amat..
sajer merajinkan diri bloghopping..
tgh hop hop...
terjumpa entry pasal faceblog ni kat page miss ieka..
macam sangat cool aje..

kalau miss ieka kata dier nak kepoh..
aku pun nak double kepoh jugak..
so sebagai manusia yang keprihatinan untuk berblog tu terkadang-kadang..
aku pun nak join jugak..
supaya semangat nak update blog tuh...
sama rajin mcm aku update facebook..

so here goes...

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH



yok rakan-rakan blogger..
kiter join dan kasi happening ini FACEBLOG

Wednesday 23 February 2011

tidur la fila..

jam dah 1.41 am..
badan boleh tahan letih...
mata memang mengantuk..
tapi ntah kenapa tak leh nak tido pulok...

turn in awal..
since esok nak pegi keja pagi..
rasa dah dekat 10.. 20 kali guling kiri n kanan..
last2 bangun...
on macdee n online..
adeeeiiii...
tidur la fila...
semoga bila dah tidur..
tak pulak terbangun pukul 3 pagi..
macam 3 4 hari dulu..
penat doug...

hurmmm..
kalau arwah ayah masih ada..
tentu tak ada masalah nak tidur dengan lena..
dodoian '
tidurlah permaisuri' peneman setia...
ataupun..
cukup lah dapat melabuhkan kepala di paha arwah...
memang tak akan bangun sampai ke sudah..

adek rindu AYAH..
al-fatihah..

Sunday 20 February 2011

Sultan hinggap di stesen..

Sultan Ibrahim dan rombongan di dlm limo

B.A.N.G.G.A.
sebagai anak johor..
yang sayangkan Sultan..
terasa gembira dan sedikit bahagia..
apabila Baginda dan rombongan hinggap sebentar di stesen..

si Putera kecil nak santap BK rupanya..

kalau dah Ayahanda seorang yg berjiwa rakyat..
tidak sombong..
begitu juga anak2 Baginda..
Putera n Puteri yg lain ader yang turun dan masuk ke kedai..
'shopping' apa yang patut sebagai bekalan..
dan bila keluar dan bertembung..
tidak pula lokek menghulurkan senyuman..

unlike sesetengah artis atau celebrity tuh..
kita senyum pun buat tak nampak jek...
hurmmm...

Wednesday 16 February 2011

signature.. sana sini sinun..

perghhh..
hari ni terasa seperti celebrity pulok...
dok signature sana sini sinun...
agak teruja occay..
sebab 1st time sign agreement..
ohhh since dah jadi 'celebrity' ni..
kena la ader 'speech' kan..
buat along tersayang..
thanx for the support..
thanx for everything..
u made my dream almost comes true..

alhamdulillah..
done agreement part..
waiting for the item only...
hopefully can get it early next month..
since they can't deliver end of this month..
*finger crossed*

Tuesday 15 February 2011

mata sembab...

padan muka..
sapa suh nanges cam dak kecik..
kan mata dah sembab..
padan muka...
esok mesti muka tak comel..
sebab mata sembab..
padan muka..
penyakit cari sendiri..
adeiiii

Monday 14 February 2011

terima kasih..

terima kasih..
kerana menyedarkan saya..
tentang tugas saya..
tentang S.I.A.P.A saya...

saya terima..
marah lah saya..
herdik la saya..
caci la saya..
jika saya tidak melakukan kerja sempurna..
seperti sepatutnya..

tetapi saya mohon..
jangan kata saya tidak hormat orang..
bahawa saya perlu hormat orang lain untuk dihormati..
saya bukan tuan besar untuk dihormati..
saya sedar diri...
kalau saya tidak hormat kepada sesama manusia..
saya tidak akan ada di sini..

anda percaya mereka..
mereka pekerja yang bagus..
jadi siapa saya untuk mempertikai..

tetapi saya hairan...
sedikit musykil..
pekerja yang H.E.B.A.T itu..
tidak jujur apabila saya bertanya..
duduk ber'sms'...
melepak di stor tanpa buat kerja...
salah mereka??
T.I.D.A.K
semuanya salah saya..
saya tidak kenalkan siapa saya...
jadi bukan salah mereka..
jika tidak jujur dengan saya...
ohh ya..
saya juga silap dan terlupa bertemu secara semuka..
bentang segala peraturan di tempat kerja..
apa yang boleh dan tidak boleh..
tidak bertegas..
tidak menegur..
tidak menerangkan..
kerana itu kerja saya..
YA FILA.. ITU KERJA KAMU!!!
dan kamu G.A.G.A.L..
kamu G.AG.A.L untuk jadi manusia harapan..
i'm da L.O.S.E.R...

terima kasih..
kerana sudi menegur..
mengingatkan saya
bahawa saya tak akan pernah..
jadi manusia H.A.M.P.I.R.S.E.M.P.U.RN.A..

Friday 11 February 2011

stress??? agak la..

stress ker fila??
selalu aku stress sebab banyak keja..
stress jugak la tak dapat nak nikmati waktu berehat..
stress sebab dah lama tak dapat 'me' time..
stress sebab lama amat tak g nengok wayang..

tapi 2 hari ni aku stress...
sebab kerja tak sebanyak sebelum ni..

giler?? aku giler??
stress sebab kurang kerja??
tak tipu beb...
seyes..
boleh la korang kategorikan aku..
giler kerja...
freak pun aku terima..
hahahahah

sebabnya aku dah terbiasa busy...
since balik dari sana..
ader masa mcm tak menang tangan..
kerja bagai nak apa..
balik umah, makan, mandi..
buat apa yg patut..
ucap selamat malam kat mak..
then TIDO...

dan oleh kerana aku tidak begitu busy sewaktu kerja...
dah dua malam..
aku bergolek..
berpusing sepuluh kali..
dari baring atas katil..
turun ke lantai...
naek semula..
tapi mata tak nak tido jugak..
memang sangat hampeh..
bila penat bergolek kat katil...
aku boleh turun dan nengok tv pulak...
padahal esok harus bangun pagi...
hampeh untuk kali kedua...

dan hari ni keadaan ok..
cuma tak busy tahap dewa..
yg memerlukan aku seperti kena histeria..
lari ke sana ke mari..
semoga aku dapat tido lena..
agar tak stress lagik..