Wednesday, 29 April 2009

shahril n ika's baby..

update update..

actually i had a few story of my own..
but i just don't feel da beat to write it..

so let just have some update of other person yeah..

here's da update of my friend's baby..
thy name of the proud parents are shahril n ika..
n da cute little princess is...
SYAFI AMANI binti SHAHRIL..


and here da pict of her..
enjoy..



Sunday, 26 April 2009

terharu n ini aku,...

terima kasih di atas ucapan takziah kalian..
semoga aku terus kuat menghadapi hidup yg terlalu mencabar ini..
aku benar-benar terharu...

maaf ya kalian..
tiada update yg panjang...

sudah tiga hari aku tiada mood..
bermula malam selepas pulang dari ziarah...
setiap kali masuk waktu maghrib..
badan akan lemah n rasa demam teramat...
kepala berat mcm nak pecah..
nak berfikir pun tak mampu..
tapi kerja harus diteruskan..
yang hairannya..
pagi hingga sebelum maghrib,..
cergas dan tiada sakit demam bagai..

hurmmm...
mungkin gangguan emosi kot..
tapi tidak la pulak..
ntah la...

doakan aku cepat sembuh..
tak larat la bila sakit waktu malam jek neh...
sengsorang di tempat kerja..
emak di rumah..
kalau aku juga dirumah..
bolah la mengadu dgn ibu terchenta..
adoii...

Friday, 24 April 2009

memori 10 hari lalu...

23 april 2009...
10 hari yang lalu..

kami (aku dan kazen) dibelanja oleh beliau...
[owh.. kami berpandangan sesama sendiri...]
[kerana kami amat bertuah menjadi anak sedara yg dibelanja]

10 hari yang lalu...
kami bergurau senda..
beliau memang suka benar bergurau dgn aku...
mahu diajarnya aku the art of speaking...
beliau 'ayah keduaku' yg tidak lelah mengajarku pelbagai perkara...
mahu diajaknya bergosip...
ya.. pantang aku lalu depan rumah beliau..
pasti disuruh berhenti utk bergosip...
mahu diajaknya aku dtg ke rumah beliau untuk 'hang out'..
perkara wajib bila mak n aku ke kampung..

10 hari yang lalu..
aku memandu dan beliau duduk disebelahku..
berbual pelbagai perkara...
berselang gelak ketawa..


10 hari yang lalu...
aku bertemu beliau di rumah arwah abg sedaraku..
mengajakku hadir perkahwinan anak beliau..


dan 10 hari yg lalu..
itu lah kali terakhir aku mengucup tangannya yg masih hangat..
mendengar suaranya yg tegas tp penuh kasih sayang...
melihat beliau berdiri sambil melambai..

dan hanya kerana ianya baru 10 hari yang lalu..
membuat aku terduduk dan tersentak..
bila beliau pergi menghadap Illahi..
meninggalkan kami semua..
terutama aku yg sangat sayangkan beliau..
kerana aku sudah seperti anak perempuannya..
dan beliau 'ayah kedua' ku...
terutama sejak pemergian arwah ayahku...

dan tadi..
kucupan di dahi sejuk beliau..
menjadi kucupan terakhir dariku...


Pak Andak..
adek sayang sangat kat pak Andak..
i know u knew i love u...
terima kasih untuk segalanya Pak Andak..
semoga roh pak Andak dicucuri oleh-Nya..
pergilah bertemu ayah...
sampaikan salam rindu adek pada ayah..

adek redha..
dan memori 10 hari yang lalu..
akan adek simpan dalam lipatan ingatan adek..
selamanya..


al-fatihah untuk pak Andak..
En Abdul Rahim bin Abd Ghani...

Monday, 20 April 2009

kad mesra PETRONAS



just a short update..
new mesra card available now...

and it's going to be as good as cash...

please register for the new card..
at your nearest PETRONAS station...

see ya...

Tuesday, 14 April 2009

life is too short

hari ini..
14 april 2009..
aku telah kehilangan abg sepupu..
Allahyarham Abd Razak Abd Aziz...
bapa saudara [ dak chumel ]
yang sudah seperti abang kepada kami adik beradik..
pulang kerahmatullah pada subuh hari ini...

Tuhan lebih sayangkan dier..
tidak mahu dia menanggung kesakitan yg hanya dia tahu...
dia yg telah pergi tahu takdirnya..
kita yg masih hidup neh..
bagaimana penyudahnya...

bila melihat pusara yg bertaburan bunga rampai..
aku teringat arwah ayah aku..
perkara yg berlaku 5 tahun lalu..
di 'flashback' dihadapan mata..
dan ketika itu jugak..
air mata jernih mengalir..
tidak dapat ditahan lagik...
terdetik di hati ini..
that's life..
it's too short...


jadi aku telah buat keputusan..
untuk tidak mahu bersedih bagai...
life is too short..
aku takut aku tidak mampu untuk menikmatinya...
jika aku terlalu memikirkan apa yg telah berlaku...
life is too short..
untuk aku bazirkan kepada perkara2 remeh...
yg sepatutnya hanya perlu aku 'embrace it'...
life is too short..
untuk aku terlalu fikirkan apa yg bakal berlaku...
kerana sebagai manusia kita memang tak akan tahu...
life is too short..
oleh itu aku perlu 'live in da moment'..
dan sayangkan mereka yg ada di depan mata...
life is too short..
semoga aku bisa memenuhkan iman di dada..
ameenn...


.
.
.
.


al-fatihah untuk abang sepupu aku...
semoga rohnya tenang di sana...

Saturday, 11 April 2009

award owh award..



thaNx to Yna dearie...
memberi award pada diri ini..
sangat terharu..
u make my day dear...
walaupun usia perkenalan kita...
masih baru dan mentah..

ini lah bukti..
walau tanpa bertemu muka..
kita semua rakan blogger..
boleh jadi rakan sejati...

award neh amat dihargai..
sama seperti award-award terdahulu..

once again..
TQ Yna...

muah...

Thursday, 9 April 2009

i'm GAY.. NOT..

nope..
i'm NOT GAY..
not crazy enough...
masih bersisa iman di dada..
tapi bunga-bunga nya mungkin ada..
hahahaha...

i'm OFFICIALLY...
will be out of dating lane...
can't say how long...
not because i found one...
but i'm TIRED with man..
TIRED with them who always play with my heart...
my FRAGILE HEART...
mind you...

penat ngan lelaki2 yg kurang jujur...
bila ditanya "in relationship"???
tak pernah jawab ya..
walhal memang punya seseorang dihati.....
itu lah lelaki..
jarang puas apa yg dimiliki...
(no offence kepada mereka lelaki2 yg baek hati)
sehingga aku tau sendiri..
sehingga rasa mcm nak mati...
nyawa diragut perit tak terperi..

so..
i'm OFF from this game..
letih..
lelah..
penat..
pedih..
benci..

opsss...
jgn la ada yg terasa hati..
tapi pedas la kamu yg makan cili...
memang aku nak keraskan hati..
pintu hati neh..
aku nak kunci 'seal' bagai..
throw da key to the ocean..

tak kisah la kalau takde yg sanggup nak cari kunci tuh..
mungkin ini la penyudahnya..

dari bersama mereka yg tak pernah menghargai..
baek la aku hidup begini...
mereka yg melukakan aku neh...
sila la pergi dan jgn kembali..
kalau boleh aku tak mahu membenci...
kerna ku tahu Tuhan sentiasa memerhati..
lukakan aku...
kamu juga akan terluka kembali...
ameenn...