baru saje baca blog si budak chomel..
salah satu mcm ditujukan khas untuk diri ini..
walaupun bukan.. terasa seperti..
pintu.. tentu korang terfikir..
pintu apa?
pintu hati la yg dimaksudkan..
bukalah pintu kepada mereka yg mengetuk..
jgn menungggu satu pintu sahaja terbuka,...
kerana pintu yg ditunggu itu belum tentu terbuka..
mungkin dibina drpd 7 lapisan keluli..
mungkin juga ditambah 7 lapisan konkrit..
sehingga keras seperti teras bumi...
sehingga tidak sedar kehadiran diri ini...
entah la kan..
kekadang ada benar kata-katanya..
infact, mostly apa yg dia cakap tu benar belaka..
cuma terkadang, hati ini agak keras..
keras mahu mengaku kalah..
keras mahu menerima hakikat..
sekerasa teras bumi tadi..
kerana hati ini sudah terpahat..
sudah terikat..
hingga sukar diurai..
sebagai watak di pentas dunia..
semua punya agenda tersendiri..
punya peranan dan ketetapan..
punya hati dan perasaan..
juga dikurniakan pintu-pintu pelbagai rupa..
yang tidak pernah berhenti tertutup & terbuka..
tidak kenal lelah dgn rasa kecewa..
dan ada ketika..
seperti mahu sahaja pintu ini dikunci..
anak kuncinya dibuang ke laut..
biar tiada siapa yang jumpa..
biar tidak bisa dibuka..
walau diketuk, biarkan saja..
No comments:
Post a Comment