this one i wrote in my notes @ facebook..
just want to share it with ya...
**************************************************************
saya amat bertuah.. punya ayah seorang cikgu...
ok ok.. kalau beliau bukan cikgu,
beliau tetap ayah teristimewa di dunia saya...
dan dihati saya...
tapi sempena hari ini (16 may 09) adalah hari guru... jadi saya nak kongsi kenapa beliau guru terbaek yg pernah hadir dan bertakhta dalam hidup saya...
1 - arwah ayah sgt tegas.. di sekolah juga di rumah.. tapi beliau ayah yang paling penyayang.. serta ayah yg paling memanjakan anak (saya la anak yg dimanjakan itu.. owh sgt heaven.. huhuhu) serta cikgu yang paling cool kat skolah.. (tu anak2 murid beliau yg cakap.. bila saya menyibuk-nyibuk ikut arwah ke skolah.. huhuhu)
2 - beliau guru Bahasa Melayu yang sgt kritis dan kreatif.. beliau juga penulis beberapa skrip pementasan teater skolah.. ada juga buku yg ditulis untuk terbitan.. sangat minat menulis sajak2 puitis.. arwah juga pemeriksa karangan saya sebelum saya hantar kepada guru BM.. huhuhuhu..
3 - beliau guru teater yg hebat (tak kira la kalau kalian katakan saya 'bias'.. pedulik...).. beliau sangat aktif berteater, waktu muda, beliau gemar berlakon teater skolah bersama rakan guru beliau (uncle dzul - ayah abg brian).. sewaktu beliau masih muda & kuat, sebelum diberi sakit oleh Allah.. kemudian sempat juga saya melihat beliau melatih anak2 didik beliau.. bila usia menganjak, beliau lebih senang menjadi juri sahaja.. dan saya akan pastikan diri mengikut beliau...
4 - arwah ayah saya pandai menyanyi.. waktu muda2 beliau punya kugiran.. huhuhuh.. sukakan lagu2 lama.. boney M, arwah P.Ramlee.. dan beliau wajib dodoikan saya lagu 'tidurlah permaisuri' setiap malam sehingga la usia saya belasan tahun.. yer saya memang terlalu manja dgn beliau.. itu semua tinggal kenangan...
(rindu mahu dgr beliau nyanyikan lagu SEROJA time besday saya..)
sebenarnya sgt banyak kalau nak ditulis.. tak terhurai di sini.. tapi no 5 adalah perkara yg sgt penting...
5 - arwah ayah pengajar dalam setiap hal kehidupan kami adik beradik.. terutama saya anak bongsu beliau.. dari mengenal huruf, membaca al-Quran, berteman, driving, memasak, bertukang dan sebagainya.. beliau membuktikan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak tiada galang gantinya.. kerana berpuluh tahun beliau menanggung sakit, bertahan semata-mata mahu membesarkan kami semua.. sampaikan kakak sepupu memohon saya melepaskan beliau pada hari terakhir beliau di dunia, dgn alasan sudah 20 tahun arwah menanggung sakit hanya kerana mahu melihat saya mencecah umur boleh berdikari.. dan saya redha melepaskan beliau beristirehat di alam yg satu lagi...
setiap teguran, nasihat, gurau senda, memori dan cinta sayang beliau menjadi pengubat rindu... doa beliau juga akan sentiasa mengirigi kami sekeluarga.. itu saya pasti...
dan saya pasti.. anak2 didik beliau juga pasti merindui beliau.. seperti mana saya rindukan beliau, jika pun tidak lebih rindunya drpd saya..
untuk itu.. SELAMAT HARI GURU ayah..
adek sayang ayah... semadilah dgn aman... al-fatihah