Tuesday 29 July 2008

sukarnya memohon kejujuran

entah berapa juta kali hendak diluah.. berapa zillion kali hendak ditanya.. jika dikira dgn jari yg ada di tangan serta di kaki, mungkin tak terbilang saat dan ketika soalan diaju.. tetapi itulah lumrah manusia.. meminta kejujuran lebih sukar jika dibanding minta duit berjuta.. aduhai manusia..

sudah berminggu tekadku ditanam.. ingin membiarkan manusia itu lena dibuai keindahan hidup.. tidak mahu diri ini mengganggu.. tidak mahu menyenakkan fikiran manusia itu.. walaupun sukar.. ku gagahkan jua.. seringkali si budak comel menjadi tempat luahan rasa.. sehingga terkadang, diri ini sedar betapa terseksa mereka disekeliling mengikut rentak hidupku yg seringkali mendiamkan diri kerana kecewa.. tapi itu sudah seperti menjadi rencah dalam hidup seharian selama berminggu ini.. bila mahu berakhir, tidak dapat dipastikan.. tapi itu tidak mengapa.. kerana, diri ini pasti akan kuat, sehingga satu hari, mampu melupakan manusia itu..

tetapi siapa sangka, dalam keadaan sekarang, cuaca seringkali berubah.. bila ramalan panas ke petang, terkadang hujan di tengahari.. entah mengapa, gatal sungguh tangan milikku hari ini menyelak satu-satu lelaman di komputer ini.. entah bagaimana, terhenti di halaman blogger seorang manusia yg diri ini kira punya pertalian dengan manusia itu.. kuat diri ini katakan "YA, mereka berkaitan" kerana apabila dibaca tulisan blogger itu, ayat-ayatnya menjurus kepada diri si manusia itu.. apatah lagi ada komen dan shouout gurauan dr manusia itu..

pergh.. hati diri ini luluh.. walau sudah diri ini keraskan dgn konkrit emosi, masih tidak mencukupi... masih belum cukup utuh.. masih mudah untuk rasa sedih.. maka mudah air mata ini mengalir.. bukan tidak dapat menerima hakikat si manusia itu menolak diri ini.. tetapi pedih kerana manusia itu tidak bisa jujur.. sukar tulus walaupun antara sahabat.. tidak mengakui dia punya kekasih hati walau berjuta kali diri ini memohon kejujuran.. mengapa sukar mengaku seperti yg diakui oleh blogger tentang manusia itu.. mustahil si blogger akan berkata tanpa sebab.. tidak logik jika difikirkan, blogger itu akan menyatakan bahawa mereka kekasih jika tidak benar.. tak kan sanggup blogger itu memahat kata-kata jika ianya sesuatu yg tidak pasti.. kerana bagi diri ini, kata-kata wanita, sama juga seperti maruah diri.. tentu saja benar.. cuma mungkin manusia itu sahaja yg mahu menyimpan kebenaran untuk dirinya seorang.. mungkin tidak mahu melukai diri ini secara terus...

tetapi, ingat la wahai manusia itu, hakikat yg diketahui secara berdepan lebih kurang pedihnya dibandingkan jika mengetahuinya dari sumber yg lain.. terutama dr seseorang yg kamu panggil kekasih.. insaf la wahai manusia itu.. kerana hidup kita di dunia ini tidak panjang.. jujur selagi boleh.. memang benar, ada benda yg harus disimpan kemas.. tapi diri ini kira, perkara seperti ini tidak perlu disorokkan.. kerana terkadang.. boleh menyebabkan ramai hati terluka.. terutama hati mereka yg dekat denganmu.. diri ini pohon... jujur lah.. dan semoga kalian bahagia.. dan semoga diri ini mudah dan cepat melupakanmu..

11 comments:

[ a L i y a ] said...

FILA :sy mengerti perasaanmu,erm,ite sama2 perempuan,erm,takpe fila,lupakan die,he's not the right person to u actually,erm,u bisa mendapatkan org yg lebih menghargai kamu,banyakkan bersabar dan berdoa,bile baca yg fila tulis nih,erm,teringat lak diri ini pernah menjadi sebegiu rupa,sehingga saat ini,diri ini masih tewas dibelenggu kisah lama,tp kita boleh,hargailah org yang menghargai anda...take care..
bubye
-nuraliyazynuddin-

filanastasia said...

aliya : thank u so much.. really appreaciate it... *hugs*

[ a L i y a ] said...

*hugs* too..erm,take care..papepun,jgn pk sangat,sibukkan diri anda,kite perempuan,takkan nak terhegeh2 lak kan,cukuplah,mmg menyakitkan,tp biar masa yang menentukan semuanya,ade jodoh tak ke mana,insyaaLLah,take care sys...
bubye
-nuraliyazynuddin-

Unknown said...

entri kejujuran... wah..mcm sama jer.. entri sendirian..

sama2 dalam keresahan jiwa..

filanastasia said...

ayares : sendiri mau ingat la.. (^_^) resah jiwa sama ke ngan jiwa kaco?

Yana Ismail said...

Alahai. Janganlah bersedih hati. Cheer up ok?

Anonymous said...

Manusia jujur susah hampir pupus. Percayalah!

filanastasia said...

princess liyana : i try best.. tp bukan mudah nak ubat ati ni...

phu ying : sgt sgt percaya.. sebab tu dunia tidak se'aman' dahulu.. terutama dunia 'cinta'...

Encik Shino said...

Entri sedih je semua huhu.Biase ah tu. Hidup kan macam roda.Lama2 pasti ia dipuncak…Dalam leka dengan keriangan kehidupan maka anda harus bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Yer..itu adalah yang terbaik kerana manusia memang tidak akan terlepas dengan masalah. Yang penting beware and keep enjoy with ur day k..?
Idup mesti teruuuusss…

p/s: macam minyak disi di petrol pump, walau mahal tp ia perlu dibayar sebb ia adalah keperluan. Ahaks. :D

AIN NAZRI said...

aliya said : 'kite perempuan,takkan nak terhegeh2 lak kan'.. well.. like this statement kak d.. my comment is no comment. since you always asked mine.. hehehe.. sesungguhnya, seandainya kau menjadi aku, aku yakin...kau akan mengerti segalanya..[ayat romzie.blogspot]

filanastasia said...

shino : idup kalau tak diteruskan, baik jgn jd manusia.. walaupun kecewa.. tak leh patah semangat.. btul tak? (saper plak rasuk dlm badan ni?? hahahah)

kekasih 'atok' : yer comment is no comment?? hahaha.. takpe.. tau hang tak larat dah nak komen.. huhuh